Tuesday, September 23, 2008

Pantun Nasihat

Assalammualaikum rakan-rakan.

Berikut saya akan posting satu pantun yang berguna kepada kita sebagai seorang pelajar.
Pantun ini saya petik daripada majalah asuh bulan Julai 2007.

Dari kecil hingga dewasa,
Tuntutlah ilmu setiap masa,
Walaupun susah kita berusaha,
Jangan cepat berputus asa.

Mari semua rakan taulat,
Tuntut ilmu dan kepandaian,
Ilmuberguna dalam kehidupan,
Hidup nanti tiada kesudahan.

Jika hidup kita berilmu,
Akal fikiran turut menjadi beku,
Miskipun wang banyak di saku,
Akhirnya habis tidak menentu.

Ilmu pengetahuan dan kepandaian,
Harus dicari dan didapatkan,
Itulah petunjuk dan pedoman,
Semoga cerah masa hadapan.

Baca Artikal Selanjutnya..... »»

Wednesday, September 10, 2008

Salam Ramadhan Untuk Semua

Emm...sempena kita masih berada di bulan Ramadhan ini saya ingin mengucapkan salam ramadhan untuk semua.Semoga beroleh rahmat oleh Allah.

Jika kawan-kawan ada kesempatan tontonlah video berikut ini.Video ini pada awalnya dijumpai oleh adik saya Haziqah waktu dia search ramadhan dalam you tiub.Tajuk video ini ialah "Islamic Kid Story - Duta & Diti".

Saksikan bersama...moga bermanfaat untuk semua.

Video 1

Video 2

Video 3

Video 4

Video 5

Video 6

Video 7

Video 8

Video 9

Video 10

Video 11(End)

Baca Artikal Selanjutnya..... »»

Saturday, August 23, 2008

Terbaru bersama ayah su

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah lama tidak berjumpa dengan ayah su tiba-tiba semalam (22/8/2008) jam 3:30 petang ayah su datang ke rumah saya bersama cik su.Wah,gemuknya ayah su.Pasti makan kerap dan banyak.Tapi tak apalah yang penting sihat.

Kenangan-kakak, angah, adik dan ayah su.


angah-hemsem tak?


adik-cantik tak?

kakak-lawa tu.....


along-maco.

Baca Artikal Selanjutnya..... »»

Monday, August 18, 2008

Koir Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih

Assalamualaikum,

Apa khabar semua?

Sempena cuti sekolah,saya mempunyai masa terluang.Kesempatan ini saya ambil untuk update blog.Berikut satu gambar kenangan pada hari guru tempoh hari .Saya menganggotai kumpulan koir di bawah bimbingan cikgu Idayu.Terima kasih kepada cikgu Idayu kerana membimbing saya.

Baca Artikal Selanjutnya..... »»

Saturday, June 28, 2008

Selamat Hari Jadi untuk Syafiq

Assalamualaikum ,

4:30 petang esok,

selepas solat asar saya akan bertolak ke rumah Syafiq di Taman Scintex,Pasir Gudang bagi meraikan majlis Hari Jadi Syafiq.

Kesempatan ini saya rakamkan ucapan (Selamat Hari Jadi).Doa dan harapan saya semoga Syafiq sentiasa sihat dan diberkati oleh Allah. Berikut sarikata lagu Selamat Hari Jadi untuk Syafik.

SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI
SELAMAT HARI JADI SYAFIQ
SELAMAT HARI JADI.

OK jika Syafiq ada kelapangan sila layari weblog angah http://rebun.blogspot.com

Ikhalas dari naim

Baca Artikal Selanjutnya..... »»

Sunday, August 19, 2007

Apasal la aku malas sembahyang?????

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi aku jasad, sihat, hensom pulak tu,
siap dengan bayang-bayang.
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang...
Nak tunggu sakit, baru ingat sembahyang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang.
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang.
Tuhan kasi hati supaya boleh rasa sedih dan riang.
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang.
Ingat masih muda remaja, lambat padam ?
Tapi mat motor pun ramai yang terbungkang .
Nak tunggu tua baru ingat tikar sembahyang.
Masa tu, baca fatihah pun 4 kali ulang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Main bola aku sanggup sampai petang.
Tak cukup siang, malam main futsal & pentanque.
Tengok tv & internet berjam-jam.
Apa? Ingat masuk syurga boleh berlenggang …

Apasal la aku malas sembahyang.
Kerja dah best, keluarga pun dah ok, rumah tersergam.
Negara pun dah merdeka, terbilang.
Berkawan malam dan siang.
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang.
Aku kena ingat, umur makin kurang,
badan makin lemah, mata dah tak terang.
Pagi kita sihat, petang boleh kejang.
Pastu kita disembahyangkan...

Apasal la aku malas sembahyang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.
Siksa neraka aku tak terbayang.
Janji Allah pasti tertunai, tiada siapa boleh halang!!!
Apasal la aku malas sembahyang

Baca Artikal Selanjutnya..... »»

Nasyhid - sepohon kayu

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunatpun ada bukan sebarang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi

Baca Artikal Selanjutnya..... »»

blogger templates | Make Money Online