Monday, December 29, 2008

catatanku sepanjang cuti persekolahan akhir tahun 2008 - 1

Minggu pertama dan kedua cuti persekolahan saya tak pergi kemana-mana.Hanya bermerap dan bermain-main adik-adik,abang,dan moksu.riuh rendah di buatnya.Kadang-kadang bergaduh-gaduh dan kena marah

Awal minggu keduasaya ke baling kedah


Saya menginguti keluarga majlis pertunangan pak cik zul.Kami bertolak selepas Maghrib dan sampai di Baling pukul 5:00 pagi .Kami sarapan di salah satu warung Di Pekan Baling Kedah .Cukup aneh dan pelik nasi lemak warna kuning,roti canai tak ada rasa.









































Majlis pak cik zul bermula 12;00 tengahari hingga 1:30 tengahari.Kami sekeluarga berehat di homestay bandar Baling.Kesemua dari kami amat penat disebabkan perjalanan yang jauh(Selatan~utara).Kami semua tidur kesemuanya petang itu.

Selepas solat isyak kami keluar makan di berhampiran bas station Baling.Selepas makan kami semua pergi ke kolam air panas Baling.Saya terpegun melihat terlalu ramai orang,kawasannya besar dan air panasnya berperingkat-peringkat.Ada satu kolam airnya sangat panas.Kami sempat mandi 1jam.Satu peristiwa pak cik zul terbawa balik kunci kereta kami.Jenuh juga menunggu pak cik zul membawa kunci.













Besoknya selepas kami solat subuh,kami bertolak ke Besut melalui Grik.Pengalaman melalui jalan Grik amat menakutkan kerana jalan berbukit-bukit dan curam-curam amat dalam.












Kami di besut 2hari 1malam .Jam 4petang hari kedua kami bertolak ke Pasir Gudang.Kami singgah solat asar di masjid hadhari Jertih.













Kami berhenti rehat dan makan malam di rumah makngah di seri Bandi.kami selamat sampai di Pasir Gudang pukul 5:00 pagi.



Baca Artikal Selanjutnya..... »»

blogger templates | Make Money Online